#TOKOEP
Gema / Pemacu Api / Nahas / Ratu Malam / Kabur / Satu Suara
#tokokilatband #tokoep #gema #pemacuapi #nahas #ratumalam #kabur #satusuara
- Dengarkan di:
- Spotify
- Soundcloud
- Apple Music
- Bandcamp
Profil
Cetusnya sebuah kolaborasi muzik merentasi sempadan apabila Edwin Raj, Irfan Iskandar & Redzuan Hussin bergabung tenaga dengan tujuan memburu lagu, nada dan irama bersama membentuk kumpulan pro - rock iaitu TOKO KILAT.
3 individu bersilang prinsip & latar belakang dengan sasaran utama ingin merelisisasikan fantasi bermain muzik secara serius sambil menimbang tanggungjawab working class, tekun menjana kehidupan harian.
Toko Kilat EP
Semua lagu dirakam di The Ark Studios oleh Keith Yong kecuali Gema dirakam di BSYNC Studios oleh Adam Sofian.
Kesemua lagu diadun oleh Ahmad Huzaini kecuali Pemacu Api diadun oleh Keith Yong.
EP ini diadun rapi oleh Ahmad Huzaini.
Produksi vokal oleh Sufian Ridzuan. Saksofon pada Ratu Malam dimainkan oleh Kevin Choo. Piano pada Kabur dimainkan oleh Bajai. Gitar dirakam oleh Khairil Shah.
Muzik oleh Edwin Raj, Redzuan Husin & Irfan Iskandar.
Kabur didedikasi khas kepada JM Sathiaseelan & Haji Hussin Kassiman.